113,965 pengguna di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik

 113,965 pengguna di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik

KOTA KINABALU, 25 April — Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik susulan  berlaku belantik serentak di beberapa penjana kuasa bebas  (IPP)  di Sepanggar di sini lewat petang hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang itu.

Beliau berkata gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu di bandar seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.

“Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.

Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini malam ini.

Beliau berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian itu dan kaedah-kaedah mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

66  −  59  =