1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19

 1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19

JOHOR BAHRU, 1 Mac — Seramai 1,018 daripada lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor dikecualikan daripada menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

“Dalam program suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ini, seramai 4,000 pegawai dan anggota akan diberikan vaksinasi, manakala lebih daripada 4,000 pegawai dan anggota lagi akan diberikan pada fasa kedua.

“Namun daripada keseluruhan jumlah itu, seramai 1,018 akan dikecualikan kerana isu kesihatan seperti mengandung, penyakit kronik dan alahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin  menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, di sini hari ini.            Mendahului senarai penerima suntikan hari ini alah Menteri Besar Ir Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  50  =  56