1,000km denai sudah dipulihkan

 1,000km denai sudah dipulihkan

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (tengah) turut sama mencuci Sungai Galing program ‘mari kita kudah’ di Sungai Galing.

KUANTAN, 25 Januari 2022 -Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berjaya memulihkan sepanjang kilometer (km) denai tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam menerusi program Denai Kebangsaan di seluruh negara sejak dua tahun lalu.


Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, pemulihan denai sungai dapat dilakukan selepas jaan negeri mengenal pasti kawasan rizab sungai untuk dinaik taraf melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai menerusi program itu.


“Mengikut perancangan kita menyasarkan pembinaan 10,000 km denai di seluruh negara menjelang tahun 2030, sejak pelaksanaan program ini  (Denai Kebangsaan) kita sudah pulih sepanjang 1,000km denai tepi sungai di seluruh negara.

“Bagi tujuan pemulihan kita sudah membelanjakan hampir RM10 juta setiap tahun bagi tujuan menjadikan kawasan tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam,” katanya pada program ‘mari kita kudah’ di Sungai Galing, di sini semalam.

Orang ramai turut sama mencuci Sungai Galing pada program ‘mari kita kudah’ di Sungai Galing.


Hadir sama Datuk Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu.


Zaini berkata, Sungai Galing dipilih sebagai denai tepi sungai kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan merupakan tapak terwujudnya  Bandaraya Kuantan.


Katanya, disebabkan itu denai tepi Sungai Galing ini perlu dipulihkan agar ia menjadi satu kawasan rekreasi dan tarikan kepada penduduk tempatan dan juga luar.


“Kita hendak pastikan Sungai Galing ini  perubahan dari segi kualiti air dan masyarakat setempat khususnya mereka yang berada di pinggir sungai menjaga sungai ini sebaiknya.


“Hari ini, kita sudah bersihkan kawasan Sungai Galing dan banyak sampah sarap berjaya dikutip. Kita harap selepas pembersihan Sungai dibuat tiada lagi pencemaran di dalam sungai ini.


“Kewujudan denai di tepi sungai berkenaan akan menggalakkan aktiviti seperti berjoging, berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  −  5  =