10,000 peminat Jepun dibenarkan masuk venue Olimpik 2020

 10,000 peminat Jepun dibenarkan masuk venue Olimpik 2020

TOKYO, 22 Jun – Sehingga 10,000 penyokong Jepun dibenarkan menghadiri Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun negara itu kini menghadapi kenaikan kes harian COVID-19 selain diberi amaran daripada pakar kesihatannya mengenai akibatnya.

Walaupun penyokong luar negara tidak dibenarkan hadir, penganjur acara sukan itu berkata penyokong tempatan boleh hadir asalkan ianya tidak melebihi 50 peratus daripada kapasiti penuhnya.

Memetik dari laporan BBC, penyokong tidak dibenarkan untuk menjerit, atau bercakap dengan kuat dan sentiasa memakai pelitup muka.

Penganjur sukan itu tetap berdiri teguh dengan keputusannya untuk membenarkan kehadiran penonton walaupun diberi amaran oleh pakar perubatan Jepun yang mengatakan bahawa mengadakan temasya tanpa penonton adalah pilihan “paling kurang berisiko” serta paling diingini.

Sukan Olimpik dijadualkan bermula pada 23 Julai, sementara Paralimpik bermula sebulan kemudian, mulai 24 Ogos.

Menurut kenyataan bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), jawatankuasa penganjur Tokyo 2020, serta kerajaan Jepun, jumlah penonton bagi Sukan Paralimpik akan disahkan pada 16 Julai nanti.

“Kini terdapat begitu banyak kes dalam acara sukan dengan penonton, tidak kira sama ada secara domestik mahupun antarabangsa,” kata presiden jawatankuasa penganjur Tokyo 2020, Seiko Hashimoto.

“Dengan melakukan langkah-langkah menyeluruh dan berdasarkan kriteria kerajaan, kami yakin kami dapat mengadakan temasya dengan penonton.

“Seluruh dunia menghadapi masalah yang sama dan kita harus bekerjasama untuk mengatasinya,” katanya.

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menggalakkan rakyat Jepun untuk menyaksikan sukan Olimpik di rumah daripada menghadiri ke stadium.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3  +  5  =