10,000 benih ikan dilepaskan di Kenyir

 10,000 benih ikan dilepaskan di Kenyir

Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir bagi meningkatkan sumber perikanan darat

Oleh Mohammad Ishak
HULU TERENGGANU, 7 Mac: Hampir 10,000 benih ikan daripada pelbagai sepsis bernilai RM500,000 dilepaskan di Tasih Kenyir, Hulu Terengganu sepanjang 2020.
Program pelepasan benih ikan itu dilakukan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertujuan bagi meningkatkan stok ikan perikanan darat dan sumber perikanan darat dalam menjamin bekalan makanan.
Che Abdullah (bertopi merah) melepaskan benih ikan di Tasik Kenyir

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2, Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia juga bagi meningkatkan sosioekonomi nelayan darat di sungai dan tasik di negeri ini.

Beliau berkata, antara benih ikan yang dilepaskan tahun lalu ialah kelah, temoleh, sebarau, lampam, baung dan udang galah.
“Pelepasan ini telah bermula secara berperingkat pada Julai hingga November 2020,” katanya kepada media selepas majlis pelepasan Sejuta Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, semalam.
Hadir sama Pengerusi Ketengah, Senator Datuk Razali idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, dan Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.
Pada majlis itu, 300,000 benih pelbagai spesies ikan berharga RM379,668 dilepaskan. Pada Februari 2021, sebanyak 5,000 benih lampam bernilai RM10,000 telahpun dilepaskan ke Sungai Leban.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  −  82  =