1,000 warga Baling sertai Bersatu

 1,000 warga Baling sertai Bersatu

Ketua Bahagian BERSATU Baling, Mohd Taufik menyerahkan 1000 borang keahlian Bersatu kepada Setiausaha Agung Parti itu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin

Oleh Suraya Ali

PUTRAJAYA, 4 Feb —  Penduduk luar bandar semakin sedar keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional terhadap nasib mereka.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Baling, Kedah Mohd Taufik Yaacob berkata ramai penduduk disana menyokong perjuangan parti itu.

Dalam perjumpaan ringkas disini, Taufik memberitahu penduduk Baling menyampaikan salam kepada Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan beliau.

Menurut Taufik, buktinya hari ni beliau menyerahkan 1,000 borang penyertaan parti itu kepada Setiausaha Agung BERSATU Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

“Mereka sokong dan mahu bersama BERSATU selain mereka yakin dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU disini hari ini.

Sementara itu, ahli Majlis Pemimpin Tertinggi BERSATU Dr. Muhammad Faiz Na’aman memberitahu wacana.my secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya ahli UMNO kekal di dalam kabinet sedia ada walaupun mereka tidak lagi bekerjasama.

“Saya yakin tiada sedikit pun usaha atau niat mana-mana pihak dari BERSATU yang mahu menyingkirkan mereka dari jawatan mereka sekarang,” katanya yang ditemui selepas mesyuarat sama hari ini.

“Kita hargai jasa dan sumbangan mereka selama ini dan kita faham apa yang berlaku hari ini adalah akibat dari ketidakpuasan hati segelintir pemimpin mereka yang mempunyai agenda peribadi di dalam politik,” katanya.

Dr Muhammad Faiz berkata sukar meramalkan apa bakal berlaku namun buat masa kini BERSATU akan terus memperkukuhkan PN bersama parti komponen yang masih setia bersama PN.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

95  −  91  =