• Thursday, 17 June 2021, 1:55 pm

1,000 sungai penyumbang plastik laut dunia

 1,000 sungai penyumbang plastik laut dunia

Kredit foto Sahabat Alam Malaysia

KUMPULAN penyelidik di beberapa institusi di Eropah termasuk Jerman dan Belanda telah menyenaraikan 1,000 sungai di seluruh dunia yang menyumbang kepada pengaliran plastik terbanyak ke lautan dunia.

Dalam kertas kajian yang diterbitkan di Science Advances, kumpulan penyelidik itu menjelaskan faktor yang menyebabkan pembuangan tersebut serta kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti penyumbang terbesar pencemaran itu.

Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa plastik buatan manusia terutamanya mikroplastik mempunyai pelbagai kesan buruk kepada kehidupan laut, flora mahupun fauna. Kajian ini dibuat sebagai usaha untuk mencari sumber utama plastik dalam laut.

Bagi menjejaki laluan asal plastik sebelum ianya ke laut, penyelidik telah menemui tiga pemacu utama iaitu jarak yang harus dilalui sampah untuk sampai ke laut, geografi dan jenis tanah yang mempengaruhi pergerakan plastik oleh daya semula jadi.

Jarak pergerakan didapati menjadi faktor utama bagaimana plastik ini boleh ke lautan. Plastik yang digunakan di sungai yang berdekatn laut, mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi berbanding sungai yang lebih jauh dari laut.

Para penyelidik kemudian menggunakan faktor-faktor yang sudah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kajian di sungai dunia. Usaha ini telah menemukan bukti bahawa kebanyakan plastik yang berada di laut adalah berasal dari beberapa sistem sungai yang besar.

Selain itu, hasil kajian ribuan sistem sungai mendapati ciri geologi dan jaraknya yang dekat dari kawasan penduduk turut menyebabkan plastik ini datang dari sungai yang kecil.

Kumpulan penyelidik ini telah membuat sebuah peta yang menunjukkan 1,000 sungai teratas yang menyumbang hingga 80 peratus dari semua plastik yang dibuang ke lautan. Antara negara yang mempunyai sungai terkotor dan penyumbang plastik ke sungai adalah Malaysia, India, Filipina dan China.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *