100 NGO tuntut Azam Baki dikekalkan

 100 NGO tuntut Azam Baki dikekalkan

KUALA LUMPUR, 23 Jan 2022 : Kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut agar Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dikekalkan dan meneruskan siasatan terhadap pemimpin DAP, Lim Guan Eng serta dakwaan baharu kes 1MDB.

Presiden Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, seramai 10,000 orang hadir pada majlis hari ini mewakili 100 NGO masing-masing menuntut Azam dikekalkan kerana mereka tahu dalang semua huru hara ini datangnya daripada DAP.

“Saya dan NGO lain kalau nak buat perhimpunan jalanan untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dah lama kami buat tapi Najib minta bersihkan namanya di mahkamah bukan di jalanan.

“Tapi apa DAP buat? Mereka terus buat perhimpunan semalam di jalanan untuk jatuhkan Azam. Sebab mereka dah berjaya buat perkara sama untuk jatuhkan Najib sebelum ini.

“Kenapa Azam nak dijatuhkan? Jika ada KP SPRM baru mungkin tak siasat Guan Eng, mungkin ramai lagi ahli politik DAP terlepas.

“Tan Sri Azam Baki cari bukti cukup untuk Guan Eng dihadapkan ke mahkamah, dah hampir dulu pun (era PH) dah hampir dah panggil semua saksi akhir sekali buang kes.

“Kita mahu kes ini disiasat, Tan Sri Azam Baki dikekalkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Begitu juga kami menuntut bekas Gabenor Negara, Tan Sri Zeti Akhbar ditangkap kerana suaminya dikatakan memiliki RM65 juta berkait wang 1MDB, kenapa Zeti lepas tapi Najib didakwa? Di mana keadilannya?,” katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat dengan mesej Hentikan Penganiayaan Terhadap DS Najib.

Terdahulu, pada 19 November 2021, negara dikejutkan dengan kenyataan rasmi bahawa wang berkait 1MDB berjumlah RM65 juta dalam akaun bank Datuk Tawfik Ayman yang merupakan suami Tan Sri Zeti
Aziz telah dikembalikan oleh kerajaan Singapura.

Beberapa hari kemudian, Menteri Undang-Undang Dato’ Sri Wan Junaidi telah mengesahkan dalam Dewan Rakyat bahawa pihak polis sudah mula menyiasat penerimaan wang oleh Datuk Tawfik Ayman dari Jho Low.

Mengikut laporan The Edge, Datuk Tawfik Ayman telah mula terlibat dan menerima wang dari Jho Low berjumlah sebanyak RM700 juta termasuk US$153 juta dari akaun bank Good Star yang menerima sebanyak US$700 juta dari 1MDB.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

55  +    =  56