10 tahun tak boleh ke stadium jika sebar perkauman secara online

 10 tahun tak boleh ke stadium jika sebar perkauman secara online

Mereka yang didapati bersalah atas kecaman perkauman dalam talian (online) terhadap pemain bola sepak akan dilarang daripada masuk ke perlawanan bagi menyaksikannya, boleh sehingga 10 tahun di bawah undang-undang baru, kata Setiausaha Dalam Negeri Britain Priti Patel.

Perintah Pengharaman Bola Sepak (Football Banning Orders), yang dikenakan untuk mencegah keganasan atau kekacauan pada perlawanan bolasepak, menghalang individu daripada menghadiri perlawanan sekurang-kurangnya tiga tahun dan maksimum 10 tahun.

Perundangan sedia ada akan dilanjutkan untuk meliputi kesalahan menyebarkan kebencian dalam talian selepas Perdana Menteri Boris Johnson berikrar untuk memperketat undang-undang pencegahan perkauman pada Julai lalu berikutan cemuhan nista perkauman yang ditujukan kepada pemain kulit hitam England kerana kekalahan di final Euro 2020.

Menurut setiausaha dalam negeri yang berketurunan Uganda-India itu, semua penghasut kebencian bersembunyi di sebalik keyboard mereka dan mendera mental pemain bola sepak Britain.

(Setiausaha Dalam Negeri Britain Priti Patel – Foto : Open Democracy)

Britain mahu penyebar racist (perkauman) ini bertanggungjawab ke atas penyebaran hasutan perkauman dalam talian dan mesti dihukum. Kerajaan mahu melakukan perubahan yang lebuh ketat kepada undang-undang termasuk memastikan penghasut dilarang daripada menghadiri perlawanan bola sepak.

Undang-undang baharu itu akan dibentangkan awal tahun baru, lapor media British, dalam bentuk pindaan kepada Rang Undang-undang Polis, Jenayah, Penghukuman dan Mahkamah.

Menurut statistik kerajaan, terdapat 1,359 perintah larangan bola sepak berkuat kuasa di seluruh England dan Wales setakat 1 Ogos lalu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *