10 ribu jemaah kecewa terpaksa tangguhkan ibadah umrah

 10 ribu jemaah kecewa terpaksa tangguhkan ibadah umrah

PETALING JAYA: Gara- gara penularan jangkitan Omicron, hampir 10 ribu jemaah terpaksa menangguhkan ibadah umrah buat seketika bermula 8 Januari ini.

Ekoran itu, hampir sebilangan jemaah yang sudah berdaftar dikhabarkan sedikit terkesan setelah menerima keputusan penangguhan ibadah umrah yang dibuat pihak kerajaan.

Difahamkan, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata daripada jumlah itu kira-kira 5,000 membabitkan jemaah yang dijadualkan bertolak ke Arab Saudi pada bulan ini, manakala selebihnya pada Februari dan Mac.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Selain itu, bagi jemaah umrah yang telah tiba di tanah air, kerajaan dilaporkan akan menanggung kos urusan kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

“Kita faham ramai jemaah yang risau akan kos tambahan dan mungkin tidak selesa apabila dikuarantin nanti.

“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta (rujuk hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.

“Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya dalam kenyataan pada Selasa lalu.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  6  =  2