10 orang terbunuh dalam satu serangan di utara Iraq

 10 orang terbunuh dalam satu serangan di utara Iraq

ARBIL: Tiga orang awam dan tujuh pejuang peshmerga Kurd dilaporkan telah terbunuh dalam satu serangan di utara Iraq hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, tentera Iraq, dalam satu kenyataan, mendakwa serangan tersebut di perkampungan Khidir Jija dekat selatan Arbil semalam yang turut menyaksikan tiga orang awam terbunuh, didalangi kumpulan Daesh.

Pejuang peshmerga iaitu tentera bersenjata puak Kurd, melancarkan operasi sebagai tindak balas kepada serangan terdahulu Daesh dan tujuh pejuang terbunuh apabila sebuah alat letupan yang ditanam oleh kumpulan itu meletup.

Gambar sekadar hiasan

Tiga yang terbunuh adalah adik beradik berusia 11 hingga 24 tahun yang juga anak kepada penduduk kampung di situ, kata seorang anggota keluarga kepada AFP.

Daesh merampas sebahagian besar Iraq dalam serangan mengejut pada 2014, sebelum diserang kembali menerusi kempen menentang pemberontakan yang disokong pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Iraq mengisytiharkan puak Sunni tewas pada hujung 2017 tetapi pejuangnya terus melancarkan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan.

Pada hujung bulan lalu, lima pejuang peshmerga Kurd terbunuh manakala empat lagi cedera dalam letupan bom, yang turut diakui dilakukan oleh Daesh.

Letupan bom di selatan bandar Sulaimaniyah menggambarkan ancaman serius kumpulan Daesh yang masih berlaku di wilayah autonomi Kurdi, Iraq, menurut perdana menteri ketika itu, Masrour Barzani

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =