10 NGO negeri Johor turun padang bantu mangsa banjir

 10 NGO negeri Johor turun padang bantu mangsa banjir

BUKIT CHANGGANG: Satu misi bantuan telah pun disalurkan buat sekitar penduduk mangsa banjir sekitar kawasan Bukit Changgang di sini hari ini.

Misi bantuan ini melibatkan 10 NGO negeri Johor menerusi Gabungan NGO Kebajikan Masyarakat Prihatin negeri Johor.

Antara 10 NGO yang terlibat adalah, Pertubuhan gabungan NGO Prihatin Johor YDH.KOL. (PA) Najwa Halimah Ab Halim pengasasnya bersama Skuad wanita melana indah, Melana Emergency Respon Team, Kelab Belia Melana Indah,

Persatuan Kebajikan Ekonomi Islam Melayu Johor, Pertubuhan Elite Group Johor Warisanita Gelang Patah, Persatuan Kebajikan Bijak Lestari Johor Bahru, Pergerakan NGO bersama Angkatan Pertahanan Awam, Ketua Bahagian Bersatu Batu Pahat dan sukarelawan Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia.

Antara bantuan yang diberikan hari ini merupakan agihan barang-barang keperluan, menyediakan makanan buat penduduk serta memcuci kawasan kediaman penduduk banjr.

Kerja sukarelawan ini bermula seawal pagi tadi dan berkhidmat secara bergotong-royong secara berkumpulan.

Difahamkan, kerja sukarelawan ini akan diteruskan pada sebelah malam untuk melakukan kerja pembersihan manakala, keesokan harinya akan disambung oleh pasukan yang lain.

Bersama mereka dalam misi sukarelawan kali ini adalah Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri, Ariff dan LT. KOL. (PA) Tuan Firsaus Yunus.   

Menurut Ibrahim Ismail Penolong Setiausaha Gabungan NGO negeri Johor, berkata pasukannya telah bergerak bersama Angakatan Pertahanan Awam Johor (APM) Johor untuk memberikan bantuan di kawasan Bukit Changgang.

“Bermula semalam di Johor, kami mula bergerak secara konvoi bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, pergerakkan kami di bawah nama Gabungan Prhatin Johor,

“Dalam gabungan ini terdapat banyak NGO kecil bersama kami,” ujarnya.

Tambahnya lagi, misi bantuan yang di salurkan akan tertumpu kepada kawasan perkampungan dan perumahan yang terjejas akibat banjir.

“Misi kami tertumpu kepada kawasan perumahan taman dan perkampungan,

“Gerakan kebajikan dilakukan dengan memberikan sumbangan berupa keperluan asas, sanitizer, telekung, selimut, tuala, termasuk “pampers” dewasa serta kanak-kanak,

“Kami juga menawarkan perkhidmatan memasak makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir yang sedang bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka

“Sebanyak 120 orang anggota telah ditugaskan bagi menjayakan misi bantuan kali ini dan beberapa pecahan kumpulan telah dibuat, ada yang bawa “water jet”, “scoop”, tong gas, paip dan sebagainya untuk membantu gerakan membersih sekitar kawasan banjir,” katanya pada Wacana.my.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

33  +    =  34