10 lelaki dikompaun RM23,500 bermain snuker

 10 lelaki dikompaun RM23,500 bermain snuker

Sebuah pusat snuker di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri diserbu polis, malam semalam. Foto WMY/Nurman Nusyriq

ISKANDAR PUTERI, 22 Jun – Seramai 10 lelaki yang leka bermain snuker dikenakan kompaun RM23,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Taman Bukit Indah, di sini kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.15 malam itu, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan 10 lelaki tempatan termasuk seorang juruwang premis berusia 18 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pemeriksaan dibuat ke atas pusat snuker tersebut yang disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

Polis menahan 10 lelaki tempatan termasuk seorang juruwang premis berusia 18 hingga 40 tahun.

“Individu yang ditahan itu didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada membuat penjarakan fizikal, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021).

“Oleh itu, sembilan pengunjung itu dikenakan kompaun sejumlah RM1,500 setiap seorang, manakala penyelia premis dikompaun sebanyak RM10,000,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Dzulkhairi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pusat snuker itu baru dua bulan beroperasi sejak April lalu.

Sembilan pengunjung itu dikenakan kompaun sejumlah RM1,500 setiap seorang, manakala penyelia premis dikompaun sebanyak RM10,000.

Hasil semakan rekod ke atas kesemua yang ditahan mendapati dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 44 bola snuker, kayu snooker, choke (4), kunci kawalan jauh dan wang tunai sebanyak RM275.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  1