• Sunday, 20 June 2021, 1:54 pm

10 ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga

 10 ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 29 Mei – Polis menahan 10 individu daripada dua keluarga yang bergaduh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, semua suspek berusia antara 12 hingga 45 tahun.

“Siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara dua buah keluarga berpunca daripada masalah peribadi. Kejadian tersebut telah dirakam seseorang yang tidak dikenali dan telah tular dalam media sosial.

“Kesemua suspek juga sudah diambil tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini pergaduhan tersebut yang melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai bergaduh dengan sebuah keluarga di PPR berkenaan sebelum kejadian itu tular dalam media sosial.

Menurut Rupiah, kompaun dikeluarkan terhadap semua suspek di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pergaduhan yang berlaku pula sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata,” katanya.

Polis menanggap kes berkenaan sudah selesai dengan tertangkapnya semua suspek.

Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP dan sebarang kejadian perlu dilaporkan ke balai berhampiran atau berhubung ke pusat kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-556312222.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *