1 maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai

 1 maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai

[K[UALA LUMPUR: Satu insiden kebakaran sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Dato Haji Yusof Off Jalan Ipoh telah berlaku, petang semalam.

Insiden tragis tersebut telah mengorbankan seorang individu lelaki, manakala 11 orang lagi dilaporkan selamat dalam insiden kebakaran itu.

Meskipun begitu, identiti lengkap mangsa yang juga warga tempatan belum diketahui.

Memetik sumber daripada Bernama, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 petang semalam, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dengan kekuatan lebih 40 anggota dari tujuh balai bomba.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca di sebuah bilik di tingkat satu rumah kedai empat tingkat berkenaan.

Jurucakap itu memaklumkan sembilan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan jentera EMRS manakala tiga lagi mangsa menolak untuk dihantar ke hospital.

“Api dapat dikawal kira-kira jam 6 petang dan padam sepenuhnya jam 6.55 petang manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +    =  12