1 dalam 6 remaja punyai kerosakan jantung – pakar kardiologi

 1 dalam 6 remaja punyai kerosakan jantung – pakar kardiologi

Seorang pakar jantung di Amerika Syarikat mengatakan bahawa semakin ramai remaja kini menghadapi risiko penyakit kardiovaskular akibat daripada cara hidup yang kurang sihat.

Laman web Futurism melaporkan, Dr Robert Lager, presiden pusat perubatan Medstar Cardiology Associates, mengutarakan kebimbangan beliau mengenai kenaikan kes masalah arteri jantung tersumbat dikalangan remaja. Katanya, ini boleh menjulur kepada masalah penyakit jantung dan komplikasi lain apabila mereka meningkat umur kelak.

“Kita boleh lihat bermulanya penebalan plak kolestrol dikalangan remaja,” kata beliau. “Usaha mencegah sakit kardiovaskular sepatutnya bermula dari zaman kanak-kanak, dan bukan menunggu hingga sudah lanjut usia.”

Menurut Dr Lager, penyelidikan pakar menunjukkan satu dari enam remaja sudahpun mempunyai jumlah plak kolestrol yang signifikan di dalam pembuluh jantung mereka. Tambahnya lagi, tabiat merokok merupakan salah satu punca utama penyakit jantung dikalangan orang muda.

Tetapi jalan penyelesaian masalah ini, menurut Dr Lager, telahpun kita ketahui: jangan merokok, amalkan pemakanan yang sihat, serta bersukan sekali-sekala. Selain itu, beliau menasihati golongan muda untuk mula mengambil ujian kolestrol ketika diumur 20an.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  +    =  41